BAKUN, singkatan bagi Badan Amal Kebajikan Nun adalah merupakan sebuah lembaga pemegang amanah yang ditubuhkan pada 10 April 2007, yang menumpukan usaha untuk menyemai dan menyegarkan kembali semangat umat Islam dengan membawa semua menghayati, mencintai dan seterusnya hidup di bawah panduan Al-Quran. OBJEKTIF BAKUN 1. MENYUBURKAN KEILMUAN Membudayakan majls ilmu di kalangan masyarakat setempat, khususnya mendalami dan menjiwai mukjizat Al-Quran menerusi kuliah mingguan dan pengedaran risalah ilmiah. 2. MEMBUDAYAKAN INFAQ Mengumpul dan menyalurkan bantuan dana kepada pelajar-pelajar agama terutamanya anak yatim yang memerlukan serta sekolah agama menerusi jualan amal. 3. MENYUNTIK MOTIVASI Mengangkat martabat generasi muda Islam terutamanya anak yatim menerusi majlis kerohanian, kem motivasi dan kempen gaya hidup murni. PENAFIAN: Kewujudan blog ini bukanlah untuk mewar-warkan kerja amal yang dilakukan oleh BAKUN tetapi hanyalah sekadar wadah untuk menjadi rujukan bagi pihak yang ingin mengenali BAKUN dengan lebih dekat serta menjadi medium untuk para dermawan menyumbangkan harta mereka bagi membantu kerja-kerja amal BAKUN. Terima Kasih.

Tuesday 21 June 2011

PERMOHONAN PENAJA BAGI PERUNTUKAN PROGRAM BAKUN

Assalamualaikum wbt tuan/puan yang budiman lagi prihatin kepada anak yatim dan miskin,

 BAKUN (BAKTI KEBAJIKAN NUN) ingin menganjurkan seminar cemerlang minda kepada anak yatim dengan memanfaatkan kepakaran motivator Prof Dr Main Rindam dr USM, melembutkan hati dan menimbulkan keinsafan peserta seminar sehingga mengalirkan air mata ketika sesi berdoa. Oleh itu saya memohon jasa baik tuan/puan membantu BAKUN mendapatkan penaja yang dapat menghulurkan bajet RM2.5 - 3 K untuk penyertaan 100 orang.

Marilah kita mengasihi anak yatim dan miskin.
Maksud firman :
"Prihatin kepada anak yatim dan miskin adalah satu amal yang tinggi darjatnya di sisi Allah "(surah Al Balad: 12-16)