BAKUN, singkatan bagi Badan Amal Kebajikan Nun adalah merupakan sebuah lembaga pemegang amanah yang ditubuhkan pada 10 April 2007, yang menumpukan usaha untuk menyemai dan menyegarkan kembali semangat umat Islam dengan membawa semua menghayati, mencintai dan seterusnya hidup di bawah panduan Al-Quran. OBJEKTIF BAKUN 1. MENYUBURKAN KEILMUAN Membudayakan majls ilmu di kalangan masyarakat setempat, khususnya mendalami dan menjiwai mukjizat Al-Quran menerusi kuliah mingguan dan pengedaran risalah ilmiah. 2. MEMBUDAYAKAN INFAQ Mengumpul dan menyalurkan bantuan dana kepada pelajar-pelajar agama terutamanya anak yatim yang memerlukan serta sekolah agama menerusi jualan amal. 3. MENYUNTIK MOTIVASI Mengangkat martabat generasi muda Islam terutamanya anak yatim menerusi majlis kerohanian, kem motivasi dan kempen gaya hidup murni. PENAFIAN: Kewujudan blog ini bukanlah untuk mewar-warkan kerja amal yang dilakukan oleh BAKUN tetapi hanyalah sekadar wadah untuk menjadi rujukan bagi pihak yang ingin mengenali BAKUN dengan lebih dekat serta menjadi medium untuk para dermawan menyumbangkan harta mereka bagi membantu kerja-kerja amal BAKUN. Terima Kasih.

Wednesday 14 September 2011

JEMPUTAN KE MAJLIS HARI RAYA AIDIL FITRI

Assalamualaikum,

Saya bagi pihak Bakti Kebajikan Nun dengan ini menjemput tuan/puan
seisi keluarga ke majlis hari raya aidilfitri bersama anak-anak yatim dan 
miskin pada :

Tarikh : 17 September 2011 ( Sabtu )
Masa : 3:00 petang
Tempat : Dewan Kg. DarulAman.
Jalan Panchor, Kulim


Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

Tuesday 21 June 2011

PERMOHONAN PENAJA BAGI PERUNTUKAN PROGRAM BAKUN

Assalamualaikum wbt tuan/puan yang budiman lagi prihatin kepada anak yatim dan miskin,

 BAKUN (BAKTI KEBAJIKAN NUN) ingin menganjurkan seminar cemerlang minda kepada anak yatim dengan memanfaatkan kepakaran motivator Prof Dr Main Rindam dr USM, melembutkan hati dan menimbulkan keinsafan peserta seminar sehingga mengalirkan air mata ketika sesi berdoa. Oleh itu saya memohon jasa baik tuan/puan membantu BAKUN mendapatkan penaja yang dapat menghulurkan bajet RM2.5 - 3 K untuk penyertaan 100 orang.

Marilah kita mengasihi anak yatim dan miskin.
Maksud firman :
"Prihatin kepada anak yatim dan miskin adalah satu amal yang tinggi darjatnya di sisi Allah "(surah Al Balad: 12-16)

Sunday 22 May 2011

IKLAN PROGRAM TERDEKAT

Assalamualaikum Tuan /Puan dan anak-anak,

Anda dijemput ke program Masih ada yang sayang: Karnival Bersamamu Anak Yatim dan Orang Miskin.
Tarikh      : 11.6.2011
Masa       : 2.00 ptg hingga 7.15 petang
Tempat    : MedanSelera Kulim

Pengisian :
1. Mewarna
2. Melukis
3. Bercerita
4. Hafazan
5. Kuiz
Mudah-mudahan dengan penglibatan anak-anak tuan-tuan dalam program ini akan menceriakan anak-anak yatim tersebut yang masih memerlukan kasih sayang dari umat yang prihatin anak yatim. Sumbangan tuan-puan amat dialu-alukan. Terima kasih.

SERUAN DAKWAH BAKUN

Assalamualaikum Tuan/Puan,
Nama saya Hj Md Yatim bin Hj Abu Samah dr Bakti Kebajikan Nun (BAKUN). Aktiviti - mengendalikan program 'Masih Ada Yang Sayang'-bersama anak-anak yatim iaitu:
1. Kelas Bimbingan 2x sebulan
2. Kem motivasi solat, celik Al Quran. anak soleh.
3. Kursus jangka pendek seperti komputer dan blog kerjasama dengan Kolej Komuniti Tasek Gelugor
4. Pendidikan pengguna bersama CAP Pulau Pinang.
5. Jamuan hari raya.
6. Maulidul Rasul.
7. Kenduri (jemputan individu prihatin)
8. Bacaan Yassin
9. Rehlah
10. Hari keluarga
11. Lawatan sambil belajar
12. Silaturahim bersamamu anak yatim

Anak yatim ini dikumpulkan dari 6 buah taman perumahan dan 3 kampung di sekitar bandar Kulim. Tawaran adalah dibuka kepada semua dermawan prihatin anak yatim untuk membantu kita dengan cara anda menyalurkan:
1. Zakat
2. Sedekah
3. Fidyah
4. Nazar
5. Barangan terpakai
Bantuan boleh disalurkan kepada BAKUN yang mengendalikan program tersebut melalui akaun bank berikut:
BANK MUAMALAT - 02030002158717.
Bantuan anda kami dahului dengan ribuan terima kasih/

Wednesday 30 March 2011

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL DI SURAU KG PADANG LIMAU

 pemberian saguhati untuk ibu2 tunggal di kawasan kg. padang limau, karangan,kedah.


pemberian safuhati kepada anak-anak yatim di kariah Kg.Padang Limau.

Karnival Rakan Masjid di Surau As-Sobirin,Kulim,Kedah.



 
Pertandingan mewarna bagi kanak-kanak tahap 1

 Jualan amal bagi mengisi tabung anak yatim dan miskin
 Salah seorang peserta pertandingan hafazan
 Persembahan nasyid dari anak-anak kariah Masjid Kg. Padang cina.
 Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang.

Tuesday 8 February 2011