BAKUN, singkatan bagi Badan Amal Kebajikan Nun adalah merupakan sebuah lembaga pemegang amanah yang ditubuhkan pada 10 April 2007, yang menumpukan usaha untuk menyemai dan menyegarkan kembali semangat umat Islam dengan membawa semua menghayati, mencintai dan seterusnya hidup di bawah panduan Al-Quran. OBJEKTIF BAKUN 1. MENYUBURKAN KEILMUAN Membudayakan majls ilmu di kalangan masyarakat setempat, khususnya mendalami dan menjiwai mukjizat Al-Quran menerusi kuliah mingguan dan pengedaran risalah ilmiah. 2. MEMBUDAYAKAN INFAQ Mengumpul dan menyalurkan bantuan dana kepada pelajar-pelajar agama terutamanya anak yatim yang memerlukan serta sekolah agama menerusi jualan amal. 3. MENYUNTIK MOTIVASI Mengangkat martabat generasi muda Islam terutamanya anak yatim menerusi majlis kerohanian, kem motivasi dan kempen gaya hidup murni. PENAFIAN: Kewujudan blog ini bukanlah untuk mewar-warkan kerja amal yang dilakukan oleh BAKUN tetapi hanyalah sekadar wadah untuk menjadi rujukan bagi pihak yang ingin mengenali BAKUN dengan lebih dekat serta menjadi medium untuk para dermawan menyumbangkan harta mereka bagi membantu kerja-kerja amal BAKUN. Terima Kasih.

Monday 29 November 2010

SEKITAR KURSUS ASAS LAMAN BLOG DI KOLEJ KOMUNITI TASEK GELUGOR

Jamuan makan tengahari di Kolej Komuniti Tasek Gelugor
Alhamdulillah, inilah rezeki kita
Anak-anak yatim BAKUN sedang membuat blog
Blog adik Mashitah sedang dipaparkan
Brother Khairul Izuan sedang memberi penerangan tentang tatacara membuka akaun Gmail.
Brother Mohd Izzat membantu adik-adik membuka akaun Gmail
Adik Akmal Iman di samping blognya yang sedang dihasilkan


Salam kepada semua pengunjung blog,

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT Kursus Asas Laman Blog telah berjaya dijalankan di Kolej Komuniti Tasek Gelugor pada 28 November 2010 bertempat di Makmal Komputer Kolej Komuniti Tasek Gelugor. Seramai 25 orang anak yatim dan anak golongan miskin telah hadir di kursus berkenaan diiringi oleh 5 orang sukarelawan BAKUN termasuklah Tn Hj Yatim sendiri.

Hasil dari kursus berkenaan, blog-blog milik anak-anak yatim dan golongan miskin telah berjaya dihasilkan dan dibuat pautan pada blog BAKUN. Usaha ini dijalankan sebagai serampang dua mata iaitu anak-anak ini bukan sahaja dapat mempelajari teknik membuat blog malah blog-blog mereka juga boleh diakses oleh pengunjung yang berhasrat mengenali mereka dengan lebih dekat lagi. Peluang yang lebih luas terbuka kepada anak-anak ini sekiranya ada di kalangan pengunjung blog berhasrat membantu membiayai anak-anak yatim ini secara langsung sehingga mereka dewasa.

Program kursus ini diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh pelajar-pelajar Kolej Komuniti Tasek Gelugor yang merupakan kakak-kakak dan abang-abang angkat anak-anak BAKUN ini hasil pertemuan dan taaruf dari program Seikhlas BUdi yang diadakan pada bulan Ramadhan yang lalu.

Semoga Allah memberkati usaha murni ini. Sekian.

KEM ANAK SOLEH ANJURAN BAKUN



Antara anak-anak yatim yang menyertai kem anak soleh
Mohd. Zakwan Zaidi menerima sijil penyertaan


Gambar waris/ibu tunggal bersama anak-anak yatim.
Berbaju merah ( Mohd. Zakwan Zaidi )
Cikgu bersama Pengetua sekolah tersebut iaitu Ustaz Hanif bin Hj. Ghazali.
Gambar Program Bakun: Kem Anak Soleh pada 22 Nov hingga 25 November 2010.


Thursday 25 November 2010

KEMPEN KASIHI ANAK-ANAK YATIM


Salam pada semua pelawat,

Kebanyakan anak-anak yatim itu dahagakan kasih sayang seorang ayah. Kiranya kita boleh selalu bergaul dengan mereka, insyaAllah terubat hati mereka dengan tegur sapa dari kita, pandangan mesra dari kita dan ukiran senyum manis boleh menghiburkan mereka walau sekadar 'bahasa badan' yang tidak kita sengajakan boleh menyentuh dan meleraikan kesepian kasih ayah di kalangan anak yatim itu. Ayuh saudara, jangan kedekut rasa sayang pada mereka. Mulai saat ini marilah kita tambahkan rasa sayang terhadap mereka. Insya Allah kita untung berganda di akhirat kelak. Jadilah insan yang penyayang barulah kita boleh memberi kasih sayang kerana Allah kasih pada mereka yang berkasih sayang kerananya.

PROGRAM KENDURI KORBAN SEMPENA AIDIL ADHA







Gambar kenangan Program Kenduri Korban sempena Aidil Adha baru-baru ini. Majlis telah diadakan di Taman Sri Pinang pada hari Ahad 21.11.2010 jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang. Majlis kenduri korban ini diraikan juga oleh kumpulan anak-anak yatim BAKUN, sukarelawan BAKUN dan masyarakat setempat. Semoga Allah SWT memberkati usaha murni ini.

Monday 22 November 2010

BANTUAN BAKUN KEPADA MANGSA BANJIR DI ALOR SETAR, KEDAH








Gambar aktiviti Bakun iaitu menghantar bantuan air minuman dan beras kepada mangsa banjir di Alor Setar pada 13 November 2010.

Monday 15 November 2010

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha diucapkan kepada semua sukarelawan dan pengunjung blog BAKUN. Semoga usaha kebajikan yang kalian hulurkan bagi membantu BAKUN mendapat keredhaan dan nusrah dari Allah SWT. Inilah pengorbanan kita yang begitu kecil namun amat bermakna bagi mereka yang amat memerlukan. Teruskanlah usaha murni ini selagi mana hayat di kandung badan.

Saturday 13 November 2010

RAYUAN BANTUAN UNTUK MANGSA BANJIR




HANTARKAN BANTUAN ANDA KE PUSAT PENGUMPULAN BAHAN-BAHAN BANTUAN SEPERTI BERAS, LAMPIN PAKAI BUANG DAN AIR MINUMAN KE ALAMAT:




RAYUAN BANTUAN UNTUK MANGSA BANJIR

HANTARKAN BANTUAN ANDA KE PUSAT PENGUMPULAN BAHAN-BAHAN BANTUAN SEPERTI BERAS, LAMPIN PAKAI BUANG DAN AIR MINUMAN KE ALAMAT:

NO 144, JALAN PUTRA B,
PUSAT PERNIAGAAN PUTRA KILANG LAMA,
09000 KULIM, KEDAH.
( dibawah pejabat DUN Merbau Pulas, Kilang Lama )




ANJURAN:
PERSATUAN KEBAJIKAN BAKUN (PKB)
KELAB KEBAJIKAN KOPRATIN (KKK)
TERAS PENGUPAYAAN MELAYU (TERAS)
TABUNG ANAK YATIM & MISKIN TAMPIN (TAYT)
WAKIL KAMI:
CIKGU (B) HJ. MD YATIM BIN HJ. ABU SAMAH
019-444 3577
RAYUAN MEMOHON DAGING QURBAN UNTUK ANAK-ANAK YATIM

HANTARKAN BANTUAN ANDA KE PERSATUAN KEBAJIKAN BAKUN DI ALAMAT:


NO: 144, JALAN PUTRA B,
PUSAT PERNIAGAAN PUTRA KILANG LAMA,
09000 KULIM, KEDAH.
( dibawah Pejabat DUN Merbau Pulas, Kilang Lama )
ANJURAN :
PERSATUAN KEBAJIKAN BAKUN ( PKB )
KELAB KEBAJIKAN KOPRATIN ( KKK )
TERAS PENGUPAYAAN MELAYU ( TERAS )
TABUNG ANAK YATIM & MISKIN TAMPIN ( TAYT )
WAKIL KAMI:
CIKGU (B) HJ. MD YATIM BIN HJ. ABU SAMAH
019- 444 3577
RAYUAN BANTUAN UNTUK MANGSA BANJIR




HANTARKAN BANTUAN ANDA KE PUSAT PENGUMPULAN BAHAN-BAHAN BANTUAN SEPERTI BERAS,LAMPIN PAKAI BUANG DAN AIR MINUMAN KE ALAMAT:




NO: 144 JALAN PUTRA B,


PUSAT PERNIAGAAN PUTRA KILANG LAMA,


09000 KULIM KEDAH.


( dibawah pejabat DUN Merbau Pulas, Kilang Lama )




ANJURAN:


PERSATUAN KEBAJIKAN BAKUN (PKB)


KELAB KEBAJIKAN KOPRATIN (KKK)


TERAS PENGUPAYAAN MELAYU (TERAS)


TABUNG ANAK YATIM & MISKIN ( TAYT )




WAKIL KAMI:


CIKGU (B) HJ. MD YATIM BIN HJ. ABU SAMAH


019-4443577








RAYUAN MEMOHON DAGING QURBAN UNTUK ANAK-ANAK YATIM




HANTARKAN BANTUAN ANDA KE PERSATUAN KEBAJIKAN BAKUN KE ALAMAT :




NO: 144, JALAN PUTRA B,


PUSAT PERNIAGAAN PUTRA KILANG LAMA,


09000 KULIM KEDAH


( dibawah pejabat DUN Merbau Pulas, Kilang Lama )




ANJURAN :


PERSATUAN KEBAJIKAN BAKUN ( PKB )


KELAB KEBAJIKAN KOPRATIN ( KKK )


TERAS PENGUPAYAAN MELAYU ( TERAS )


TABUNG ANAK YATIM & MISKIN ( TAYT )




WAKIL KAMI:


CIKGU (B) HJ. MD YATIM BIN HJ. ABU SAMAH


019-444 3577


Memohon Daging Korban

Sempena Hari Raya AidilAdha yang akan menjelang tiba, BAKUN ingin memohon kepada mana-mana pihak atau individu yang sudi untuk menyumbangkan sedikit daging korban untuk diberikan kepada keluarga anak-anak yatim dan miskin dibawah kelolaan Bakun.

Kami,warga BAKUN mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu dan pihak yang telah membantu anak-anak yatim dibawah kelolaan BAKUN.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di facebook atau Hj. Md Yatim bin Hj. Abu Samah di talian 019-444 3577

Wednesday 10 November 2010

Kelas-Kelas Bimbingan Anak Yatim BAKUN










Program kelas bimbingan bersama anak-anak yatim

Tempat : Dewan UniKL Kulim, Kedah.
















Penyampaian cenderahati kepada anak-anak yatim yang hadir oleh Cikgu Noor Asma.


Anak-anak yatim
bergambar bersama selepas program kelas bimbingan

Dewan Kolej Mara Kulim Kedah










Kelas bimbingan anak-anak yatim

Tempat : Dewan Kolej Mara Kulim






AKTIVITI TERKINI DI BAKUN















Program Hari Raya Aidilfitri 2010 pada 2 Oktober 2010

Antara tetamu-tetamu yang hadir.

Duduk dua dari kiri ialah YB Ustazah Hajjah Siti Aishah binti Hj. Ghazali.











Program Hari Raya Aidilfitri di Perkarangan Masjid Taman Tunku Putra Kulim, Kedah

Pada 2 Oktober 2010

Duduk tengah – Ustaz Subhi bin Arshad

Dua dari kiri – Cikgu (B) Hj. Md. Yatim bin Hj. Abu Samah

Yang lain dalah barisan ahli lembaga jawatankuasa Koperasi Prihatin Kedah












Penyampaian Duit Raya oleh YB Ustazah Hajjah Siti Aishah binti Hj. Ghazali