Saturday, 11 December 2010
DERMA KELENGKAPAN SEKOLAH
Assalamualaikum Tuan /Puan para dermawan yang budiman,
BAKUN telah memohon bantuan pakaian sekolah daripada 14 gedung perniagaan sejak 2 minggu lepas tapi kami baru dapat janji lisan RM300. Kami memerlukan RM7500.00 untuk 50 orang anak yatim atau RM150.00 seorang. Setiap seorang mendapat sepasang pakaian, sepasang kasut, stokin, tudung dan alat tulis. Oleh kerana hari persekolahan semakin hampir maka saya merayu kepada para dermawan semua supaya hulurkan bantuan kepada mereka dan kasihanilah anak-anak yatim ini. Mudah-mudahan sumbangan dari tuan-puan dapat menceriakan mereka dan anda dapat keberkatan dan rahmat. InsyaAllah. Prihatin anak-anak yatim dan miskin adalah satu amal yang tinggi darjatnya di sisi Allah SWT. (Surah Al Balad: 12-16)Tolong sebarkan kepada rakan-rakan tuan/puan.
Tuesday, 7 December 2010
SURAT PERMOHONAN DANA VAN BAKUN
5 Disember 2010
28 zulhijjah 1431H
KEPADA TUAN/PUAN DERMAWAN YANG DI HORMATI
Assalamualaikum,
MEMOHON SUMBANGAN DANA UNTUK MEMBELI VAN
Didoakan semoga tuan/puan berada di bawah lembayung rahmat Allah s.w.t.
2. Merujuk kepada perkara diatas, dimaklumkan bahawa Persatuan Kebajikan BAKUN menganjurkan program “ Masih Ada Yang Sayang – bersama Anak-Anak Yatim “. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:-
Ø Kem motivasi pelajar
Ø Lawatan sambil belajar
Ø Klinik santai & celik Al-Quran
Ø Rehlah dan silaturahim
Ø Kenduri dan sambutan perayaan
Ø Kelas bimbingan
Ø Rakan remaja Masjid
3. Anak-anak yatim di bawah kelolaan Persatuan Kebajikan BAKUN seramai 30 orang dan mereka masih tinggal bersama keluarga mereka dari sekitar kawasan Kulim. Untuk menjayakan program tersebut kami memerlukan 2 buah van untuk pengangkutan anak-anak yatim ini untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang pihak kami anjurkan.
4. Sepanjang program-program diatas, pihak kami menyewa sebuah van dan sebuah van yang diwakafkan untuk anak-anak yatim tetapi van yang diwakafkan tersebut mengalami banyak kerosakan dan kos membaik-pulih van tersebut terlalu tinggi.
5. Dengan ini, pihak kami memohon jasa baik dan keikhlasan tuan/pauan memberi sumbangan untuk pihak kami membeli sebuah van bagi kegunaan anak-anak yatim ini.
6. Kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan dan keikhlasan tuan/puan.
7. Untuk maklumat lanjut sila layari www.airpenawarpondok.blogspot.com
Sekian, terima kasih.
“Prihatin anak yatim dan orang miskin adalah suatu amalan yang tinggi darjatnya di sisi Allah”
( maksud surah Al-Balad : ayat 12 – 16 )
Yang benar,
……………………………………….
(Cikgu (B) Hj. Md. Yatim bin Hj. Abu Samah)
Persatuan Kebajikan BAKUN
2007 dan 2008
- Sambutan Perayaan Aidilfitri
- Sambutan perayaan AidilAdha
- Kem anak soleh ( kerjasama dengan mahasiswa USM )
Nov 2009
- Jamuan Hari Raya Aidilfitri
- Majlis berbuka puasa dan qiamullail
- Kuliah Dhuha
- Kem motivasi pelajar
- Wakaf al-Quran
Dis 2009
- Kelab Superbike meninjau anak yatim
- Jamuan Hari Raya AidilAdha
- Kem Solat
- Menaja kelas pengajian Al-Quran 3 x seminggu untuk 6 orang anak yatim
-
Jan 2010
- Malam muzikal Hijrah
Bermula april 2010
- Kelas bimbingan di KMK dan UniKL ( minggu pertama dan ketiga )
- Bulan Ramadan ( 5 majlis berbuka puasa disertai )
- 2 Oktober 2010 ( Jamuan Hari Raya Aidilfitri )
- 18 November – menghantar barangan bantuan banjir ke Alor Setar, Kedah.(sumbangan TAYT)
- 21 November – Sambutan AidilAdha di Tmn. Sri Pinang, Kulim.
- 22 hingga 25 Nov – Kem anak Soleh (anak yatim 10 – 12 thn )
- 28 November – Kelas Kursus Pendek Asas Blog di Kolej Komuniti Tasek Gelugor
- 3 Disember – Lawatan ke Petrosains di Bandar Perda, Bkt. Mertajam
- 4 Disember – kuiz remaja islam di Masjid Keladi, Kulim.
Program akan datang:
- 16 Disember – sambutan 10 Muharram
- 20 Disember – lawatan sambil beljar ke Taiping dan Lumut.
- 25 Disember – Hari Keluarga bersama anak-anak yatim di Bukit Hijau, Kedah.
-
*Nota: Setiap program disulami dengan solat berjemaah, solat hajar, bacaan yasin, berzikir dan tazkirah.
Aktiviti ini juga mendapat sokongan dari:
Tabung Anak Yatim Tampin ( TAYT )
Teras pengupayaan Melayu ( TERAS )
Kelab Kebajikan KOPRATIN
Monday, 29 November 2010
SEKITAR KURSUS ASAS LAMAN BLOG DI KOLEJ KOMUNITI TASEK GELUGOR
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT Kursus Asas Laman Blog telah berjaya dijalankan di Kolej Komuniti Tasek Gelugor pada 28 November 2010 bertempat di Makmal Komputer Kolej Komuniti Tasek Gelugor. Seramai 25 orang anak yatim dan anak golongan miskin telah hadir di kursus berkenaan diiringi oleh 5 orang sukarelawan BAKUN termasuklah Tn Hj Yatim sendiri.
Hasil dari kursus berkenaan, blog-blog milik anak-anak yatim dan golongan miskin telah berjaya dihasilkan dan dibuat pautan pada blog BAKUN. Usaha ini dijalankan sebagai serampang dua mata iaitu anak-anak ini bukan sahaja dapat mempelajari teknik membuat blog malah blog-blog mereka juga boleh diakses oleh pengunjung yang berhasrat mengenali mereka dengan lebih dekat lagi. Peluang yang lebih luas terbuka kepada anak-anak ini sekiranya ada di kalangan pengunjung blog berhasrat membantu membiayai anak-anak yatim ini secara langsung sehingga mereka dewasa.
Program kursus ini diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh pelajar-pelajar Kolej Komuniti Tasek Gelugor yang merupakan kakak-kakak dan abang-abang angkat anak-anak BAKUN ini hasil pertemuan dan taaruf dari program Seikhlas BUdi yang diadakan pada bulan Ramadhan yang lalu.
Semoga Allah memberkati usaha murni ini. Sekian.
Thursday, 25 November 2010
KEMPEN KASIHI ANAK-ANAK YATIM
Salam pada semua pelawat,
Kebanyakan anak-anak yatim itu dahagakan kasih sayang seorang ayah. Kiranya kita boleh selalu bergaul dengan mereka, insyaAllah terubat hati mereka dengan tegur sapa dari kita, pandangan mesra dari kita dan ukiran senyum manis boleh menghiburkan mereka walau sekadar 'bahasa badan' yang tidak kita sengajakan boleh menyentuh dan meleraikan kesepian kasih ayah di kalangan anak yatim itu. Ayuh saudara, jangan kedekut rasa sayang pada mereka. Mulai saat ini marilah kita tambahkan rasa sayang terhadap mereka. Insya Allah kita untung berganda di akhirat kelak. Jadilah insan yang penyayang barulah kita boleh memberi kasih sayang kerana Allah kasih pada mereka yang berkasih sayang kerananya.
PROGRAM KENDURI KORBAN SEMPENA AIDIL ADHA
Monday, 22 November 2010
BANTUAN BAKUN KEPADA MANGSA BANJIR DI ALOR SETAR, KEDAH
Monday, 15 November 2010
Salam Aidil Adha
Saturday, 13 November 2010
Memohon Daging Korban
Kami,warga BAKUN mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu dan pihak yang telah membantu anak-anak yatim dibawah kelolaan BAKUN.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di facebook atau Hj. Md Yatim bin Hj. Abu Samah di talian 019-444 3577
Wednesday, 10 November 2010
Kelas-Kelas Bimbingan Anak Yatim BAKUN
Program kelas bimbingan bersama anak-anak yatim
Tempat : Dewan UniKL Kulim, Kedah.
Penyampaian cenderahati kepada anak-anak yatim yang hadir oleh Cikgu Noor Asma.
Anak-anak yatim bergambar bersama selepas program kelas bimbingan
Dewan Kolej Mara Kulim Kedah
Kelas bimbingan anak-anak yatim
Tempat : Dewan Kolej Mara Kulim
AKTIVITI TERKINI DI BAKUN
Program Hari Raya Aidilfitri 2010 pada 2 Oktober 2010
Antara tetamu-tetamu yang hadir.
Duduk dua dari kiri ialah YB Ustazah Hajjah Siti Aishah binti Hj. Ghazali.
Program Hari Raya Aidilfitri di Perkarangan Masjid Taman Tunku Putra Kulim, Kedah
Pada 2 Oktober 2010
Duduk tengah – Ustaz Subhi bin Arshad
Dua dari kiri – Cikgu (B) Hj. Md. Yatim bin Hj. Abu Samah
Yang lain dalah barisan ahli lembaga jawatankuasa Koperasi Prihatin Kedah
Penyampaian Duit Raya oleh YB Ustazah Hajjah Siti Aishah binti Hj. Ghazali